Tuesday, 10 July 2012

Ello everyone. hoho.. tahap memblogging aku da smpai, macam2 nak story but then tahap kemalasan aku ternyatalah infinity berganda malasnya nak pikir.. aku pun pelek. tapi still nak tekan2 papan kekunci nie.. amboii, skema nak mati. haha...

            okaylah, tetiba hari ni nak berbicara mengenai C.I.N.T.A
apa yang korang faham mengenai frasa tu eik???..
aku sendiri pun tak tau nak cakap macam mana..
sebab tu melibatkan hati dan perasaan..
bila dikenang2 balek cinta monyet masa zaman jahiliah dulu tu..
bapak laaaaa malu kot..
lawak pun ada gak..ngehngeh..
kirim surat lah, berbalas surat segala bagai..
pastu cikgu jumpa surat tuu, apalagi lah kitaorang kena lah menghadap Guru Besar..
hahahaha..
macam apa je bila pikir balek.. hoho..

teringat plak satu lagu ni..
'cinta itu boleh di umpama kan bagai makan
samba belacan
kalau pedas hingga mengalir airmata
masih mahu dimakan juga
cinta juga bagai makan goreng pisang
sungguh enak bila makan panas2 bila ia sejuk
jadi kurang enak..
hohoh'
sakai sungguh .. hahah

okay, back to the main topic..
frankly speaking aku sendiri pun xtau nak describe cinta tu macam mana.. 
terlalu komplikated kali..
terlau sukar untuk ditafsir apatah lagi untuk dirungkai..
itulah sebabnya cinta yang pertama sekali infinity wajib dilabuhkan
pada Pencipta kita iaitu ALLAH swt.
bila kasih dan cinta pada Allah melebihi segalanya..

cinta dan kasih pada manusia itu akan datang dengan sendirinya.
Lagi indahnya berkasih kepada manusia semata-mata kerana Allah.
semuanya akan kelihatan manis je..

Ini semua penangan Penulis kesayangan aku tulah..
si Hilal Asyraf.. sikit2 update pasal cinta lah kasuh sayang lah.. 
hehehe
sooo jelesss ..huhuhu..
Satu, kasih nan abadi tiada tandingi DIA yang SATU..
dua, kasih berpanjangan membawa ke syurga kasihnya IBU..
tiga, rela berpayahan, menempuh cabaran, kasihnya AYAH
empat, insan2 yang paling dikasihi sentiasa disisi..

Kasih sayang Allah pasti membawa kepada kasih yang lain2 kepada diri kita =)

 


Monday, 9 July 2012

Kita juga manusia biasa

Salam and greetings.
lama giller ouh tak mengupdate blog nie..
habis berhabuk, berdebu segala bagai.
Cumenya entry kali ni nak share something..
Terbaca salah sebuah post oleh seseorang yang sangatlah infinity saya kagumi
Saudara Hilal Asyraf. 
Walaupun saya sgt kecewa bila beliau kawen..sobsob ( xda kaitan.. haha)
entry dan pendekatan yang beliau bawa cukup ringkas tetapi membawa maksud yang sgt mendalam
semoga kita perolehi ibrah dari pembacaan tersebut.

kita semua manusia biasa
tak siapa yang dilahirkan sempurna.
jika kita nak tunggu untuk jadi smepurna,
sampai bila umat Islam akan bangkit.
untuk sama-sama berpimpin tangan
berjalan seiringan
berganding bahu 
dalam menggapai redha Illahi.


                 http://langitilahi.com/8666

 

Konklusinya,saya tinggalkan buat pembaca semua

janganlah kita sekadar menuding jari,

kerana satu jari kita menuding pada orang lain,

empat jari yang lain akan menuding kepada diri kita balik.

Reflect balik kepada diri kita.

Apakah tujuan penciptaan manusia dimuka bumi ini

jika bukan untuk menjadi khalifah Allah

melakukan amar makruf nahi munkar 

seharusnya menjadi tugas wajib bagi semua.

  mentaliti masyarakat perlu berubah

Wallaualam

 

 


Tuesday, 19 June 2012

Puisi Aku Usaha

Tuhan
Engkau suruh aku berusaha,
maka aku terus cuba mencuba,
tolak tepi semua duga,
merempuh sengsara derita,

Susah wahai Tuhan
kerana aku manusia punya jiwa,
ada masa lemah tidak tertahan,
ada masa berdarah terluka,
Adakala rasa mahu berhenti, 
tetapi hanya Dikau punca gerak langkahku ini,
justeru bila jatuh,
aku tetap bangun lagi.

Tuhan,
Engkau suruh aku berusaha,
maka tidaklah ada cita melainkan yg tinggi
Engkau Maha Tahu wahai Tuhan bahawa tidak ramai memahami diri ini,
tetapi aku berusah kerana Engkau yg memerhati.

Aku berselisih dengan mereka,
mereka dan mereka,
hatta org yg aku cinta juga tidak mampu mendalami apa yg aku usaha,
kadangkala dalam langkahan ini aku terasa sunyi,
entah berapa gelen jejesan air mata menemani,
bukan mudah wahai Tuhan,

sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Kalaulah bukan kerana Mu wahai Tuhan,

maka usaha ini telah lama aku henti,
tetapi aku masih melangkah hari ini Tuhan, tanda aku masih usaha,
masih percaya
kepada Mu tanpa ragu di dalam hati.


~ Hilal Asyraf ~
1332
161111
Irbid.
Jordan.

Tuesday, 3 April 2012

Sahabat & Makna Sebuah Persahabatan.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.

Namun,jauh disudut.. aku beryukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan sahabat seperti dirinya yang selalu disisi saat jatuh bangunnya aku sebagai insan yang sering kali gagal dalam mengawal emosi diri.
InsyaAllah..sahabat tilll jannah..

Friday, 24 February 2012

Muhasabah Diri

Biar pahit di pangkal tapi manis dihujung..Biar derita di awal tapi bahagai digarisan penamatnya..Biar perit 


dipermulaan tp akan tersenyum di pengakhirannya..Biar pun hitam mencorak permulaan dan perjalanan hidup 


kita tp putih lah jadi corak terakhirnya..Biar siapa pun kita saat kelahiran ke dunia dan biar bagaimana pun 


kegagalan kita dalam kehidupan tapi biarlah hidup ini berakhir dengan husnol khotimah.. Itulah sebaik-baik


 penghidupan..Berdoalah agar akhirnya lebih 

baik..Lupakan kepahitan dan bangun untuk kehidupan yang baru.. InsyaAllah 


Bersyukur lah dgn kehidupan yang dikurniakan Allah.

Thursday, 23 February 2012

:Mujahadah itu pahit kerna nikmat syurga itu manis:

Assalamualaikum pembaca semua..ceh,bajet je aku ni macam ada ramai plak yang tgk blog aku ni kan..dok pembaca2 bagai..haha..tak kesah..asal aku bahagia...bahagia la sgtkan..heeee....


Actually,entry kali ni nk share something...something yang pada kita nampak mudah tapi susah nak laksanakan...tp xla susah mana pun nk laksanakan..its all depends on us ..sama ada nk berubah atau pun masih nk kekal dalam kejahilan...

Bermula lah,alkisah...bila mana aku terbaca satu artikel nie..artikel yang di postkan someone special kt FB pada aku...tapi tu dlu lah..hehe..sekarang kawan je...agaknya lah...satu artikel yang cukup buat aku rasa tersentuh sangat2...malas nak cite panjang2,korang baca lah eik....Dengan tajuknya--------------





Hanya Stokin,Namun Aku Bersyukur....


Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.

Subhanallah...indahnya Islam..Hebatnya Allah dalam melahirkan rasa kecintaan terhadap makhluk ciptaan-NYA...Ya Allah,betapa kerdil dan jahilnya diri ini...Diri yang sering diselubungi dosa..Diri yang sering lalai dan leka dalam melaksanakan apa yang Allah da perintahkan.. 
Sudah terang lagikan bersuluh.. Sudah jelas lagikan nyata.. Sudah termaktub lagikan sahih,.. Aurat perempuan itu adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangannya...Sedikit perkongsian dalil......
 “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].
Dan aku bukanlah sempurna dalam aspek pemakaian sebenarnya..sering kali jugak ambil mudah dalam hal2 ceng gini... betapa jahilnya diri ini pada pandangan Allah...sungguh,perasaan nk berubah itu ada, tapi takes time la kot... InsyaAllah,sesungguhnya mujadah itu pahit sebabnya nikmat syurga itu yang manis....
And aku ada seorang sahabat ni...yang pada aku sgt istimewa lh..mesti dia kembang klu dia baca post nie..hehe..salah seorang sahabat yang selalu ada kt sisi saat susah n senang aku..saat jatuh dan bangunnya diri ni...sahabat sejati la kiranya.hihi...
Nk cite kt sini dalam pemakain stokin sebenornya,tapi dok melalut pape ntah..hehe...Actually,ble tgk sahabat aku sorang nie..stokin xpenah lepas dari pemakaian nya..even nk turun bawah sekejap pung, stokin tetap jadi keutamaan dia... Ada satu hari tu cuma nk turun g Pak dol je,kt bwah nun tu...dekat sgt aih...dlam keadaan nk cepat ni pun tetap sempat mencapai stokinnya...Ya Allah,memang tersentuh sgt time tu...;'(.. sob sob...

P/s: Jom sama2 mujahadah diri..betulkan apa yang x betul..perbaiki segala kelemahan diri.. YA Allah,bantulah hamba-MU ini dalam mencapai keredhaan-MU...kuatkan semangat dan iltizam ku untuk berubah...permudahkan lah wahai Allah yang Maha Mengetahui...

                                                              Wassalam....

Wednesday, 22 February 2012

Kenapa Allah Uji Hambanya?


Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa? Kerana iman kita ini yang terlalu jauh jika dibandingkan dengan mereka. Lalu, adakah kita menyangka kita akan mendapat syurga?..Persoalan yang sering bermain diminda kita semua kan... Jom sama2 muhasabah diri...


KENAPA AKU DIUJI?


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuagan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kami kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah ayat 45)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
 “…..dan janglah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12)
p/s :  pesanan daripada saya senyumlah  pada diri sendiri ok :)   nikmat Tuhan yang manakah yang hendak kamu dustakan? “Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa’..Penyembuh segala Duka..Pengubat segala Rasa..Penawar segala-galanya.  Dalam nikmat banyak kerosakkan, dalam ujian banyak kenikmatan.
Dalam proses muhasabah diri yang serba kekurangan.. Husnuzonlah pada Allah akan qada' dan qadarnya... Aku yakin Allah tangguhkan sesuatu untuk berikan sesuatu yang lebih baik.. Mungkin bukan sekarang,esok,lusa atau tulat.... aku yakin perancangan Allah adalah yang lebih baik... Beri aku kekuatan Ya Allah dalam menempuh dugaan-MU ini...:'(

                                             Wassalam....

Tuesday, 7 February 2012

Usaha+doa= tawakal


Alhamdulilah, diam tak diam rupanya da masuk  2 sem aku kt unimas .. pejam celik pejam celik da nak habis asasi..whoaa..!! cam x percaya, tapi tu lah hakikat yang xdapat nk disangkal lagi...rasa cam nak ulang balek je moment masuk unimas masa dulu2 ..hee..=)..

Dalam kesibukan belajar dengan assignment, project critical thinking bagai , dengan lab report sume, tup2 next week da nak mid sem..arghhh!! like seriously,im not ready yet for that... sungguh, aku x sanggup kesilapan lama berulang kembali...cukuplah sem 1 yang sangat mencabar emosi dan perasaan aku... =(

ni pun dok bz2 gatai tangan nk update blog..haha..sakai sungguh perangai..haha...bosan+tension kot tengah stdy bio nie cz malam tok ada quiz...xtau nak baca apa dah..tepu kot..!!!!

cukuplah sket2 update, wa chow cincau dlu ...heee.. nak sambung study nie..haja haja fighting gurl...=).

Sunday, 29 January 2012

Redha Allah aku dambakan....

Assalamualaikum w.b.t....

    Lama ny diri ini menyepi..sampaikan da masuk sem 2 ni pun baru 1 post je...haha..lawak2..almaklumlah,xda pengalaman nk tulis2 blog ni bagai kan...nie pun terdetik kt hati nk post n share something..baru dpat hidayah kot..haha...

    Kemunculan kali ni bkan la apa sangat pun..cme luahan perasaan yang nk dikongsikn agar dpat dijadikan sebagai satu pengjaran mungkin...ataupun sebagai satu titik tolak buat kita semua bangkit dari satu kegagalan..actually,bukan lah kegagalan,tapi satu cubaan dan dugaan yang Allah nk tunjuk kan buat hamba-Nya..

Bermula la alkisahhhhh................................................


      Untuk pengetahuan korang, result utk sem 1 yg lepas da pun kluar officially 25 aribulan januari aritu... Ak xla terkejut sgt sebab ak da tau ak pny result mggu sebelumnya ble jumpa dengan timbalan dekan..yang tu mmg cari maut la kan...haha..Cme mengharapkan result mgkin akan ada sedikit perubahan beberapa point je lagi.... Apakan daya, result yang aku dpat tdak melepasi target yang aku tetapkan selama ini.... Dalam hati ini, cme Allah je yang tau macam mana kecewa+sedih+terluka dan yg sama waktu dengan nya saat itu... Tiada perkataan lain yang mampu aku gambarkan... Tatkala itu aku rasakan dunia ini gelap pada pandangan mata ku....  Merasakan kaki ini seolah2  tidak berpijak  di bumi yang nyata,,,

    Aku kecewa yang teramat sangat... Hati ini terasa sakit xtau nk kata macam mana... The whole day ak menangis.. Aku xmmpu nk buat apa da... dalam2 aku kecewa aku khabarkan juga berita ini pada org tua ku..Aku tahu,,walaupun mereka xmarah aku namun jauh disudut hati ,mereka pasti kecewa dengan keputusan yang tidak seberapa ni... maafkan anakmu ini mama n ayah kerna mengecewakan harapan mu...maaf kerna x mmapu memberikan yang terbaek dalam sem lepas.. Maaf..maaf..maaf.. Andai 'maaf' mampu mengembalikan keaadan jadi lebih baik,alangkah bagusnya.... Namun, aku sedar.. semua itu mustahil ... Mmg,kali ini aku rasa down sgt2... Aku reflect balek mana silapnya ak selama ini...Mencari kesilapan diri...Mencari kekurangan diri... 

     Allauakbar, rasa kecewa yang aku rasakan ini terlalu dalam... Aku seolah2 putus harapan.. putus tempat bergantung.. aku x pernah rasa macam ni.. perasaan ini hadir untuk pertama kalinya dalam hidup aku...
Kecewa kerna tak redha akan ketentuan Allah....Astaghfirullah..Aku beristighfar dlam hati...Betapa lemah nya iman dalam dada hamba-Mu ini Ya Allah...Lemahnya aku saat Kau uji aku ... Hina nya aku pada pandangan-Mu..Astagfirullah...Astaghfirullah... xputus2 aku sebut kalimah tu...Alhamdulilah..Ketenangan menyapa hati ku yang kotor dengan dosa... Alhamdulillah... aku diuji kali ini pasti ada sesuatu disebalik perancangan yang Allah da tetapkan... Aku melukut di tikar sembahyang, mencari ketenangan dalam beribadah, mencari sinar dalam berdoa... Mencari harapan dalam sujud pada-Mu Allah.... Subhanallah..indahnya perasaan yang hadir saat aku mengadu pada Illahi..Indahnya menangisi dan mengadu pada satu-satunya Pencipta kita, Ya Rabb... Alhamdulilah....lama kelamaan aku dapat belajar terima kehendak Allah... aku cuba untuk redha akan segala ketentuan-Nya.. Aku yakin dan pasti, Allah tangguhkan sesuatu untuk berikan sesuatu yang lebih baik nanti...La Tahzan wahai hati ini..belajar dari kesilapan masa lalu.. Jangan diulangi ny sekali lagi.. Belajar terima hakikat.. Berusaha untuk mantapkan iman pada Allah...

     Dalam mengadu pada Allah, masih ada lagi insan2 yang sering berada disamping ku saat aku jatuh dan bangun..mereka lah sahabatku dunia  dan akhirat.. Kata2 nasihat n semangat x pernah lekang dari bibir mereka utk tgk aku bangkit dari kejatuhan ini..Alhamdulillah, jazakillah sahabatku... Semoga Allah merahmati kalian semua.. Semoga kejayaan dan cita2 yangg di impikan menjadi kenyataan satu hari nanti...

Doa buat kalian  sering aku panjatkan pada Yang Maha Esa...


Akan ku sambut cinta Allah yang di curahkan pada hamba-Nya.. akan tiada rasa ketuhanan jika tiada 

ujian.. Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan... Tiada rasa pergantungan jika tiada 

kepayahan.. Tunjangkanlah resahmu pada dada solat.. Himpunkanlah peritmu di 

genggaman doa.. Akan ku tutupi kekecewaan ini dengan ketakwaan..dan kelak ku nilaikan kesucian hati ini 

dengan keikhlasan hati....



Wallaualam.....