Saturday, 2 November 2013

Kerana Aku Rindu

Jarak yang bakal memisahkan nanti,
Memungkinkan dua persoalan.

Satu, mungkin kerana merindui
Dua, mungkin melupakan.

Jika terasa rindu
Mungkin juga kerana 3 hal

Perpisahan
Kehilangan
Berjauhan

Namun
Jika terlupa juga adalah kerana 3 hal

Benci
Sakit hati
Tak penting

Antara rindu dan terlupa,
pilihlah rindu.

Dalam rindu ada sendu.
Doa buat insan yang aku rindu

Jarak itu ujian buat seorang perindu
Seperti aku
Namun
Menjadi nikmat buat pendoa.

Sahabat, hari ini aku rindu kau disana. Apa khabar agaknya ?

Moga saja Allah pelihara dan jaga kan kalian semua untuk aku.

Kerana walau sejauh mana pun jarak
Doa tetap bertemu
Hati tetap menyatu.

Sampikan salam rindu pada setiap titipan doaku buatmu.

Yang Merindui,
Fatin Atiqah
9.56 a.m
Rumahku Syurgaku
Sepang, Selangor.


Tuesday, 29 October 2013

Kenapa?







Semalam aku kelukaan
kecewa kehampaan
mencalar ketabahan

Mimpi yang ku harapkan
menjadi kenyataan
namun tak kesampaian

Allah,
ingin aku hentikan langkah ini
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
semangat tenggelam
lemah daya
haruskah aku mengerang
namun jiwaku berbisik


Inilah dugaan!

Dan mataku kini terbuka 
pada hikmah dugaan
uji keimanan

Tak dilontarkannya ujian
di luar kekuatan
setiap diri insan

Allah
pimpinlah diriku
tuk bangkit semula
meneruskan langkah
perjuangan ini

Cekalkan hati
dan semangatku
kurniakan ketabahan
agar mimpi jadi nyata!

PadaMu ku meminta!



Nahh .
Kenapa kau di uji ?
Mungkin sebab kau dah lama tidak sujud pada Tuhan .
atau Mungkin kau cuma sujud sebagai melengkapkan pergerakan sembahyang . 
Sujud sekadar sujud .Tanpa pengertian .

Mungkin juga kerana Kau kematian hati .
Banyak tertawa .Sedangkan maut sedang mengintai .
Umpama orang yang cepat datang ke saff solat .
Tapi ternyata , cepat pula dia pergi .

Dingin tanpa penghayatan .


atau


Mungkin Allah terlalu sayangkan kau .

Hendak tingkatkan iman dan darjat di sisi - Nya .

Sebab kau sentiasa sujud penuh kehambaan dan ketaatan .



Entry ini aku tujukan buat AKU. Dua tahun kebelakangan yang di uji.

Sebenarnya tak da yang salah dengan aturan dan ketentuan Allah. Sebenarnya lah.
Cuma kita yang tak tahu nak menilai. 

Teringat kata2 sahabat " Doa-doalah selalu moga Allah selalu  turunkan musibah" -____-

Katanya, manusia ni mudah lupa. Mudah alpa. Sedangkan musibah tu mendidik jiwa.

Hebatnya orang beriman " Bila di uji, dia bersabar. Bila di beri nikmat , dia bersyukur"

Terduduk aku.

Jauhnya aku dari bersabar. Sikitnya aku mensyukuri nikmat Yang Esa.
Lantas, bila di uji, resah, tak tentu arah. 


Aku di uji bertalu-talu, rupanya Allah rindu . 

Moga kekuatan aku peroleh. Moga ibrahnya aku buat pedoman.

Doakan aku kuat. 







Tuesday, 22 October 2013

Cerita kita!

Pukul 6.30 pagi waktu Malaysia sampai kat rumah terchenta. Ngantuk. Sebab sembang sakan dengan Fit sampai pukul 3 pagi malam tadi.

26 September 2012

Sampai  Ejip dengan kumpulan pelajar yang lain. Datang sini buat Medik. Bajet tough sangat aku ni . Perasaan biasa2 je. Tak expect sangat Ejip macam UK ke, Russia ke. Tapi yang pasti berdebu. Arab2 tinggi , badan besar , cakap kuat2 macam orang sebelah pekak, cakap kasar  etc, Almaklumlah, fes time sampai negara orang. Tak berani nk buat onar sgt. harhar.

Bertolak ke Mansoura . Sampai ke situ petang. Pembahagian ahli bayt. Mujur jugak aku da kenal masa jumpa kat airport sebelum nie. Senang sikit nak berkomunikasi dengan diorang.

Satu rumah ada 6 orang. Aku, PiqahBagus, Hanis mmg sama2 dari Asasi sebelum ni. Lagi 3 orang Aman, Tyrah, Fitri.

Sampai2 kat rumah, di kabarkan terpaksa duduk menumpang rumah orang lain sebab rumah sebenar tak siap lagi.

"Ya Allah, dugaan apa lagi ni?" Bisik hati aku.

Biasalah Arab selalu buat janji manismu * nyanyi lagu Aisyah kejap.

Kalau da nama Arab, memang cenggitu. Bukan Melayu je je pandai tabur janji. Arab pun sama. Puihhh..

Taiko Mansoura pesan masa kitaorang memula sampai.

"Carilah permata dalam timbunan debu2".

"Sungail Nil dan Padang Pasir berjodoh. Begitu juga kalian yang Allah pilih untuk sampai Ardul Kinanah"

"Isu paling hangat bila jadi budak Ejip ni mesti pasai BM . Bukan Bahasa Melayu tahap SPM nuh, tapi Baitul Muslim " Blerghhh

Dan macam2 lagi lah. Tak sempat nk hupdate kat sini. Huh




Itu kisah setahun yang lalu masa kitaorang sampai kat Ejip.

Tetiba ada viber masuk. Jauh dari Ejip.

"Atennn"

Da dua hari tangguh nak call. Sahabat apa aku nie. 

" Fit. Free ke sekarang ?"

Actually time ni da pukul 12 lebih kot. Tapi takpelah. Demi Fit, aku cover sat lah. Kan sayang sahabat tu sebab Allah. So, apelah sangat tido lewat. Eceh

"Sat2. Nak p toilet."

Heh. Macam tak perlu je Fit oi. Harharhar.



Terus aku call. Viber dari Fitri. ahli bayt yang aku kasihi lagi aku sayangi kerana Allah. Pehh. Kalau Fit baca mesti gelak sakan tahap tak ingat dunia. kahkah.

Sembang punya sembang tak sedar sampai pukul 3 pagi waktu Bombay.harhar Ejip dengan Mesia ni lewat 6 jam je pun. 
JE PUN tapi aku ngatuk siak time ni. 

Fuhh.

"Atenn. Bila makan negresco ( makanan ala2 spagheti kat Ejip ) je teringat kat Aten" 


Fit mula la tu buat sesi berduka luahan hati ke hati malam2 cenggini. Buat aku fefeling je.

"Bila nk p sesuatu program, da takda sesapa nk ajak. Kena pegi sesorang. Forever alone betei lah Aten"


"Yelah, dulu kan kita selalu berenam. Nam jahanam. Harharhar *gelak jahat. Sekarang tinggal 3 orang ja. Tak syiok langsung"


Oh yaa, lupa nk cakap. yang aku da cont belajar kat Mesia tanah tumpah airku * Baca dengan penuh semangat yea. 

Hanya bebudak Ejip je yang tau apa yang berlaku dekat the whole Ejip student. Korang takyah tau lah ye * buat muka bajet sikit. 

Tak habis lagi. 

"Teringat time kita selalu makan. Bukan lama sangat pun makan. Tapi lepas makan mesti borak sakan pikir masalah ummah" 


Ecehh. Poyo sebentar.

"Kadang2 p usrah sama2 . Solat sama2. Susah senang sama2. Sekarang da sunyi lah Aten"


Itu antara scene yang berlaku. Banyak sangat kami borak. Jenuh jugak nk ceghita. 

Tapi apa yang pasti. 

"Fitri. Aman. Tyrah. Piqah. Hanis. Ana rindu antum."


Tak semena-mena mengalir airmata. Murah sangat airmata aku. Fuh

Kisah ukhuwah ini aku coretkan moga2 suatu saat nanti Allah pertemukan kita semula. 

Bukan di dunia, insyaAllah di akhirat sana.

Ukhuwah ini, biarlah sehangat mentari di ufuk timur. Biarlah tetap berjodoh seperti nil dan padang pasir. Sepert kencang nya kerja2 DnT kalian. 

Percayalah, nama kalian tak pernah terlepas dalam doa ku ini. 

Moga menjadi doktor yang dapat merawat jiwa Ummah. 

Ana sayang antum. Fillah. Lillah. 


Nukilan chenta sang sahabat .
Pencinta Bahasa. 













Wednesday, 16 October 2013

Osemnya Allah!

Sekian lama menyepi.

Izinkan aku kembali.

Mencoret semula kisah yang lama terbuku dihati.

Walau tiada siapa mengerti.

Tuhan itu maha memerhati.

Sunnah alam kan,

Hidup tanpa diuji ibarat makan eskrem tanpa perisa vanilla.

Ehhh.

Ujian dan aku ibarat aur dengan tebing

Saling memerlukan, walau kekadang aku xperlukan nya pun

Datang tanpa aku pinta

Pergi tanpa pamitan

Buat aku tertanya pada Pencipta

" Mengapa aku wahai Tuhan?"

" Mengapa begini? Mengapa begitu ?"

" Susah nk terima ujian demi ujian yang tak berhenti berkunjung tiba."

Merungut dan terus merungut

Maka Allah dengan osem lagi bergaya menjawab dalam karangan yang paling meletop kebabom dalam ayat chntaNya.

Surat Al-Ankabut: 2-3

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”


Walaweh. Sentap.

Entah orang asli pedalaman mana sumpit kena tepat kat hati. Nanges.

Cliche kan. Aku tau.

Tapi apa yang cliche tu lah orang ramai susah nk praktik apatah lagi nk faham

Macam aku. * buat muka tak bersalah

Tak cukup dengan tu, kadang2 kita persoalkan takdir Allah yang da termaktub sejak azali. Fuyooo.

Kadang kita susah nk faham kenapa , mengapa, bagaimana semua WHO yang Allah da rencana kan buat kita. Gituhhh. Macam Allah kata. Relax lah wahai hambaKu!

Surah Al-Baqarah ayat 286

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”



Allah faham derita kita

Allah tahu kecewa kita

Tapi kalau itu bukan rezeki kita

Terimalah dengan hati yang terbuka, belah lah jantung

Baru jadi hambaNya yang osem! Tak gituuuh.


Bila kita diuji, cuba reflect siapa yang menjauh ?

Kita atau Dia ?

Allah tu sangat dekat dengan kita.

Dekat sangat. Tak percaya ?

Okey, cuba pegang urat leher. Pegang dengan penuh rasa kehambaan . Tak ke dekat sangat tu.

Cenggitu lah dekatnya Allah dengan kita

Cuma kita lah nak ke tak nak dekat dengan Allah.


Selagi namanya hamba

Kita takkan terlepas daripada diuji

Cuma apa yang membezakan

Cara dan bagaimana kita nk hadapi segala ujian dan dugaan yang menimpa

Semoga kita semua terus jadi hamba yang osem! Watlek Watkool Watpis bila diuji. Itu tanda Cinta dari Illahi >.<



Post kali ni aku buat bila ada sang sahabat yang aku kasihi lagi aku chentai kerana Allah di uji.

Semoga dirimu tabah sahabat.

Bersama kita semua kearaah menjadi hamba yang osem. :D