Actually,entry kali ni nk share something...something yang pada kita nampak mudah tapi susah nak laksanakan...tp xla susah mana pun nk laksanakan..its all depends on us ..sama ada nk berubah atau pun masih nk kekal dalam kejahilan...
Bermula lah,alkisah...bila mana aku terbaca satu artikel nie..artikel yang di postkan someone special kt FB pada aku...tapi tu dlu lah..hehe..sekarang kawan je...agaknya lah...satu artikel yang cukup buat aku rasa tersentuh sangat2...malas nak cite panjang2,korang baca lah eik....Dengan tajuknya--------------
Hanya Stokin,Namun Aku Bersyukur....
Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.
Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.
Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.
Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.
Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.
Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.
Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.
Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.
Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.
Subhanallah...indahnya Islam..Hebatnya Allah dalam melahirkan rasa kecintaan terhadap makhluk ciptaan-NYA...Ya Allah,betapa kerdil dan jahilnya diri ini...Diri yang sering diselubungi dosa..Diri yang sering lalai dan leka dalam melaksanakan apa yang Allah da perintahkan..
Sudah terang lagikan bersuluh.. Sudah jelas lagikan nyata.. Sudah termaktub lagikan sahih,.. Aurat perempuan itu adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangannya...Sedikit perkongsian dalil......
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya” [An Nur:31].
Dan aku bukanlah sempurna dalam aspek pemakaian sebenarnya..sering kali jugak ambil mudah dalam hal2 ceng gini... betapa jahilnya diri ini pada pandangan Allah...sungguh,perasaan nk berubah itu ada, tapi takes time la kot... InsyaAllah,sesungguhnya mujadah itu pahit sebabnya nikmat syurga itu yang manis....
And aku ada seorang sahabat ni...yang pada aku sgt istimewa lh..mesti dia kembang klu dia baca post nie..hehe..salah seorang sahabat yang selalu ada kt sisi saat susah n senang aku..saat jatuh dan bangunnya diri ni...sahabat sejati la kiranya.hihi...
Nk cite kt sini dalam pemakain stokin sebenornya,tapi dok melalut pape ntah..hehe...Actually,ble tgk sahabat aku sorang nie..stokin xpenah lepas dari pemakaian nya..even nk turun bawah sekejap pung, stokin tetap jadi keutamaan dia... Ada satu hari tu cuma nk turun g Pak dol je,kt bwah nun tu...dekat sgt aih...dlam keadaan nk cepat ni pun tetap sempat mencapai stokinnya...Ya Allah,memang tersentuh sgt time tu...;'(.. sob sob...
P/s: Jom sama2 mujahadah diri..betulkan apa yang x betul..perbaiki segala kelemahan diri.. YA Allah,bantulah hamba-MU ini dalam mencapai keredhaan-MU...kuatkan semangat dan iltizam ku untuk berubah...permudahkan lah wahai Allah yang Maha Mengetahui...
Wassalam....

insyaAllah..
ReplyDelete