Tuesday, 22 October 2013

Cerita kita!

Pukul 6.30 pagi waktu Malaysia sampai kat rumah terchenta. Ngantuk. Sebab sembang sakan dengan Fit sampai pukul 3 pagi malam tadi.

26 September 2012

Sampai  Ejip dengan kumpulan pelajar yang lain. Datang sini buat Medik. Bajet tough sangat aku ni . Perasaan biasa2 je. Tak expect sangat Ejip macam UK ke, Russia ke. Tapi yang pasti berdebu. Arab2 tinggi , badan besar , cakap kuat2 macam orang sebelah pekak, cakap kasar  etc, Almaklumlah, fes time sampai negara orang. Tak berani nk buat onar sgt. harhar.

Bertolak ke Mansoura . Sampai ke situ petang. Pembahagian ahli bayt. Mujur jugak aku da kenal masa jumpa kat airport sebelum nie. Senang sikit nak berkomunikasi dengan diorang.

Satu rumah ada 6 orang. Aku, PiqahBagus, Hanis mmg sama2 dari Asasi sebelum ni. Lagi 3 orang Aman, Tyrah, Fitri.

Sampai2 kat rumah, di kabarkan terpaksa duduk menumpang rumah orang lain sebab rumah sebenar tak siap lagi.

"Ya Allah, dugaan apa lagi ni?" Bisik hati aku.

Biasalah Arab selalu buat janji manismu * nyanyi lagu Aisyah kejap.

Kalau da nama Arab, memang cenggitu. Bukan Melayu je je pandai tabur janji. Arab pun sama. Puihhh..

Taiko Mansoura pesan masa kitaorang memula sampai.

"Carilah permata dalam timbunan debu2".

"Sungail Nil dan Padang Pasir berjodoh. Begitu juga kalian yang Allah pilih untuk sampai Ardul Kinanah"

"Isu paling hangat bila jadi budak Ejip ni mesti pasai BM . Bukan Bahasa Melayu tahap SPM nuh, tapi Baitul Muslim " Blerghhh

Dan macam2 lagi lah. Tak sempat nk hupdate kat sini. Huh




Itu kisah setahun yang lalu masa kitaorang sampai kat Ejip.

Tetiba ada viber masuk. Jauh dari Ejip.

"Atennn"

Da dua hari tangguh nak call. Sahabat apa aku nie. 

" Fit. Free ke sekarang ?"

Actually time ni da pukul 12 lebih kot. Tapi takpelah. Demi Fit, aku cover sat lah. Kan sayang sahabat tu sebab Allah. So, apelah sangat tido lewat. Eceh

"Sat2. Nak p toilet."

Heh. Macam tak perlu je Fit oi. Harharhar.



Terus aku call. Viber dari Fitri. ahli bayt yang aku kasihi lagi aku sayangi kerana Allah. Pehh. Kalau Fit baca mesti gelak sakan tahap tak ingat dunia. kahkah.

Sembang punya sembang tak sedar sampai pukul 3 pagi waktu Bombay.harhar Ejip dengan Mesia ni lewat 6 jam je pun. 
JE PUN tapi aku ngatuk siak time ni. 

Fuhh.

"Atenn. Bila makan negresco ( makanan ala2 spagheti kat Ejip ) je teringat kat Aten" 


Fit mula la tu buat sesi berduka luahan hati ke hati malam2 cenggini. Buat aku fefeling je.

"Bila nk p sesuatu program, da takda sesapa nk ajak. Kena pegi sesorang. Forever alone betei lah Aten"


"Yelah, dulu kan kita selalu berenam. Nam jahanam. Harharhar *gelak jahat. Sekarang tinggal 3 orang ja. Tak syiok langsung"


Oh yaa, lupa nk cakap. yang aku da cont belajar kat Mesia tanah tumpah airku * Baca dengan penuh semangat yea. 

Hanya bebudak Ejip je yang tau apa yang berlaku dekat the whole Ejip student. Korang takyah tau lah ye * buat muka bajet sikit. 

Tak habis lagi. 

"Teringat time kita selalu makan. Bukan lama sangat pun makan. Tapi lepas makan mesti borak sakan pikir masalah ummah" 


Ecehh. Poyo sebentar.

"Kadang2 p usrah sama2 . Solat sama2. Susah senang sama2. Sekarang da sunyi lah Aten"


Itu antara scene yang berlaku. Banyak sangat kami borak. Jenuh jugak nk ceghita. 

Tapi apa yang pasti. 

"Fitri. Aman. Tyrah. Piqah. Hanis. Ana rindu antum."


Tak semena-mena mengalir airmata. Murah sangat airmata aku. Fuh

Kisah ukhuwah ini aku coretkan moga2 suatu saat nanti Allah pertemukan kita semula. 

Bukan di dunia, insyaAllah di akhirat sana.

Ukhuwah ini, biarlah sehangat mentari di ufuk timur. Biarlah tetap berjodoh seperti nil dan padang pasir. Sepert kencang nya kerja2 DnT kalian. 

Percayalah, nama kalian tak pernah terlepas dalam doa ku ini. 

Moga menjadi doktor yang dapat merawat jiwa Ummah. 

Ana sayang antum. Fillah. Lillah. 


Nukilan chenta sang sahabat .
Pencinta Bahasa. 













No comments:

Post a Comment