Saturday, 2 November 2013

Kerana Aku Rindu

Jarak yang bakal memisahkan nanti,
Memungkinkan dua persoalan.

Satu, mungkin kerana merindui
Dua, mungkin melupakan.

Jika terasa rindu
Mungkin juga kerana 3 hal

Perpisahan
Kehilangan
Berjauhan

Namun
Jika terlupa juga adalah kerana 3 hal

Benci
Sakit hati
Tak penting

Antara rindu dan terlupa,
pilihlah rindu.

Dalam rindu ada sendu.
Doa buat insan yang aku rindu

Jarak itu ujian buat seorang perindu
Seperti aku
Namun
Menjadi nikmat buat pendoa.

Sahabat, hari ini aku rindu kau disana. Apa khabar agaknya ?

Moga saja Allah pelihara dan jaga kan kalian semua untuk aku.

Kerana walau sejauh mana pun jarak
Doa tetap bertemu
Hati tetap menyatu.

Sampikan salam rindu pada setiap titipan doaku buatmu.

Yang Merindui,
Fatin Atiqah
9.56 a.m
Rumahku Syurgaku
Sepang, Selangor.


No comments:

Post a Comment